Thursday, November 28, 2013

Hai..hai..hai..

Hai you oulls..

Hari ni rasanya ada masa sikit nk chit-chat kt blog yg br buka xsampai seminggu. Terima kasih diucapkan kepada reader yang sudi singgah kat blog ni. banyak2 terima kasih kepada buyer yang dah order barang, tunggu ketibaan barang anda ye..

Sebenarnya senjak terjebak dalam menyusun atur rumah dgn blogger2 telah banyak mengubah persepsi dan memberi idea2 yang sgt comel untuk mendeko rumah.. Sebenarnya sy dah kawen 2 tahun lepas tp tinggal je dengan mertua..5 bulan lepas Allah beri rezeki sedikit bagi memiliki rumah sendiri. bermula dari c2 lah sy selalu mengoggle blog hiasan rumah dan  blog susun atur.

Perlahan2 menyusun atur rumah ada peluang berniaga sikit sy pn cubalah berniaga barangan yang dapat membantu & memudahkan suri rumah susun atur rumah masing2. Saya sedar sebagai wanita & ibu yang bekerjaya kekangan masa untuk mencari barang yang kita inginkan memang agak susah. Sebab itu, saya menjual barangan secara sambilan bagi memenuhi impian wanita Malaysia..(cewah..)

Nak syer jugak pic rumah tp malu..rumah kampung jer, kecik tp syukur rumah sendiri. so lepas ni xnak la cakap rumah kecik, nk cakap rumah comel.. huhu.. Ada kelapangan masa nanti akan sy syerkan susun atur rumah sy.

TQ u Oulss..